View Categories

TIPS BLAST WHATSAPP DENGAN SELAMAT

2 min read

#TIPS 1 : GUNAKAN RANDOM DELAY
Pastikan anda guna selama mungkin jarak masa ini untuk elak number daripada diban.

Jika anda pertama kali gunakan software blast, kami cadangkan mula dengan:
Hanya 100 contact
300second maximum, 150second minimum delay

Boleh turunkan delay sedikit demi sedikit untuk kempen seterusnya.

#TIPS 2 : GUNAKAN SPINTEXT
Gunakan SPINTEXT supaya sistem Whatsapp tidak detect anda hantar mesej yang sama. Ini boleh dikira sebagai spam.

Paling mudah adalah gunakan pada mula ayat untuk bagi salam, seperti dibawah:
{Salam|Assalamualaikum|Slm}

#TIPS 3 : BERIKAN PELUANG UNTUK STOP
Bagi pilihan pada user untuk Unsubscribe daripada mesej anda. Letakkan pilihan untuk STOP di mesej broadcast supaya anda boleh remove number mereka untuk next broadcast.

Ini sangat penting supaya dapat mengurangkan risiko customer anda klik button block atau report. Anda pun boleh clearkan database anda daripada pelanggan-pelanggan yang tidak suka terima mesej Broadcast. Jadi semakin banyak anda blast, semakin CLEAN database yang anda ada.

Pastikan anda benar-benar remove mereka daripada senarai contact!

#TIPS 4 : BERITAHU DIMANA ANDA DAPAT NUMBER MEREKA
Ada customer yang sangat-sangat benci number mereka disalahgunakan. Jadi mereka akan terus tekan Report atau Block. Ini sangat bahaya.
Anda boleh elakkan masalah ini dengan beritahu daripada mana anda dapat number mereka, seperti contoh dibawah.
“Sis terima mesej ini kerana sis pernah membeli di kedai online kami di (link website) atau Shoppe”

BONUS! : CONTOH SUSUNAN CONTENT AYAT BROADCAST YANG BAGUS

Part 1 : Content
Salam dan hi!
PROMOSI TERBARU UNTUK RAMADAN 2023! Dapatkan Segera sebelum stock size anda habis.

Part 2 : Footer / Info Wajib
Anda menerima mesej ini kerana anda pernah membeli daripada website/shoppe kami sebelum ini. Sekiranya anda tidak masuk terima mesej seperti ini lagi, boleh reply STOP dan kami akan remove dari senarai hebahan kami 🥰

Part 3 : Elakan guna nombor whatsapp yang baru
Pastikan anda warming up nombor baru tersebut selama 1 atau 2 minggu, chat seperti normal user dan pastikan scan whatsapp web official terlebih dahulu sebelum anda scan QR pada sistem Waapify buat kali pertama.

SEMOGA BERJAYA!